Fon Siri FHWA
Fon Siri FHWA

Fon Siri FHWA

Fon Siri FHWA (juga sering dirujuk sebagai Highway Gothic) merupakan satu set muka taip sans serif yang dibangunkan oleh Pentadbiran Lebuhraya Persekutuan Amerika Syarikat dan sering digunakan pada papan tanda jalan raya di AS, Kanada, Mexico, Australia, Sepanyol, Belanda, Turki, Brazil, Chile, Malaysia dan New Zealand. Fon ini direka bagi membolehkan papan tanda jalan raya lebih mudah dibaca pada jarak jauh dan pada kelajuan tinggi. Versi yang dikenali sebagai Highway Gothic atau Interstate, yang boleh dijual kepada orang awam, menyertakan tanda baca berasaskan bentuk segiempat sama. Namun demikian, pada papan tanda pula, tanda baca rasmi Siri FHWA berasaskan bentuk bulat.Set ini terdiri daripada tujuh fon: "A" (paling sempit), "B", "C", "D", "E", "E(M)" (versi ubah suai "E" dengan lejang lebih lebar), and "F" (paling lebar). Fon tersebut asalnya hanya terdiri daripada huruf besar, kecuali "E(M)", yang sering digunakan pada papan tanda tunjuk arah lebuh raya besar. Contoh;

Fon Siri FHWA

Kategori Sans serif
Pereka Ted Forbes
Faundri N/A